|
Sunday, 15 September 2013 • 14:35 • 0 comments ![]() okay , manusia dilahirkan ke dunia ni dengan perasaan and emosi yang pelbagai right ? actually , perasaan dan emosi nilah yang mewarnai dunia ni dengan bermacam-macam kisah suka serta duka di muka bumi ni . amboi ayattt . haha . lol . perasaan dan emosi ni perlu dikawal dengan akal . bukan akal yang dikuasai oleh perasaan dan emosi . faham ? perasaan tak ikhlas dalam bersahabat boleh merosakkan hubungan kita dengan orang lain . ada banyak jenis manusia yang jadikan persahabatan just untuk mencapai impian dia je . kadang-2 kita tertipu dengan hubungan macam tu . kita ingat dia jujur + ikhlas nak kawan kita , rupanya ada udang sebalik mee . ish ish . antara jenis manusia tak berapa berguna ni , ialah :- 1. sahabat kala senang ada sahabat yang hanya tahu menumpang kesenangan di atas sahabat yang lain je . bila kita jatuh , jangankan nak hulur tangan , nak pandang pun jauh sekali . 2. capai cinta persahabatan macam ni memang sangat tak guna . alangkah sakitnya hati bila orang kawan dengan kita semata-mata nak berkenalan dengan kawan kita . fikir sweet ?! jagalah sikit perasaan orang , okay ? 3. ambil kesempatan contohnya , seseorang tu berkawan dengan kita sebab kita kaya . pastu dia gunakan kita untuk bayar hutang dia . mentang-mentanglah kita baik . lepas dah bayar tu , menghilang entah ke mana . contoh k contoh . hal macam ni boleh membuatkan persahabatan menjadi porak peranda . walaupun dia baik , jangan ambil kesempatan terhadap kebaikannya tu . 4. tikam belakang 'tikam belakang' ialah perbuatan paling teruk daripada seorang sahabat kepada sahabatnya . tikam belakang ni merupakan tingkah laku dimana seorang sahabat bermuka-muka depan sahabatnya yang lain . contohnya , depan kita semuanya baik , manis tapi belakang kita , dialah gunting dalam lipatan . segala rahsia dan amanah yang kita kongsikan dengan dia , habis dijaja kepada orang lain dan yang lebih mengerikan apabila ianya melibatkan maruah kita . semoga kita dihindarkan daripada perbuatan sebegini . sehabat sejati , - insan yang sanggup susah senang bersama - tidak akan melukakan hati sahabatnya - marah seperti ibu , tegas seperti bapa dan baik seperti adik-beradik - merahsiakan aib sahabatnya - mendoakan kebahagian buat sahabatnya - sentiasa ada kala diperlukan dan membantu tanpa diminta sekian shj entry yang tak seberapa nih . haha lol . kbye . assalamualaikum ! take care ! :)
|
Owner
Talk with Me!
no harsh words allowed
FOLLOWERS FOLLOWER CODE CREDIT
|