|
Monday, 24 June 2013 • 23:55 • 0 comments ![]() Assalamualaikum dan selamat malam kepada awak , awak dan awak yang tengah serang hendap kat blog najwa ni . *Salam tangan buat gadis-gadis cantik lagi manis dan senyum hormat buat jejaka-jejaka kacak . haha . Nak tanya , apa yang korang selalu buat untuk menghargai seseorang atau sesuatu ? Untuk pengetahuan korang kalau sekadar mengeluarkan perkataan menghargai sahaja tidak cukup . Apa yang penting adalah untuk tunjukkan dan harus ada tindakan sendiri . Begitu juga dengan senario kehidupan kita . Ramai antara kita sering merungut tak cukup itu , tak cukup ini . Rupa tak cantik , rumah tak besar , kereta tak mewah dan macam-macam lagi . Sedangkan apa yang mendatang dalam kehidupan kita adalah yang terbaik dan sempurna . Cuma kita sahaja yang tidak reti untuk menghargai atau mungkin juga alpa . Dan kita akan tahu menghargainya bila kita telah kehilangannya . 1. Hargai diri sendiri Kita selalu membandingkan apa yang kita ada dengan orang lain . Bila kita rasa orang lain lebih bagus daripada kita , lebih cantik daripada kita , lebih kaya daripada kita mulalah untuk mempertikaikan kurniaan Allah . Seharusnya kita sedar dan belajar untuk bersyukur dan menghargai segala nikmat yang telah diberikan . 2. Hargai ibu bapa Ibu bapa adalah individu yang paling berjasa dalam hidup kita . Dari waktu mengandung , melahirkan dan membesarkan . Tapi mereka sedikit pun tak mengharap balasan selain kita perlu menghargai mereka setiap detik . Macam mana cara kita nak menghargai mereka ? Hormat mereka secukupnya , doakan kesejahteraan mereka , mengingati tarikh perkahwinan mereka dan banyak lagi cara yang kita boleh buat ikut kreativiti sendiri . Biarpun kecil penghargaan kita itu , namun ia tetap besar buat mereka . 3. Hargai kawan-kawan Kawan ? Sahabat ? Teman ? Semua mempunyai makna yang berbeza . even perangai antara mereka adalah tidak sama dan berlainan sekali . Mereka mempunyai pelbagai kelebihan dan kekurangan yang akan melengkapkan sesebuah persahabatan . Tipu kalau kita cakap kita tak pernah ada salah faham dengan kawan kita , kan ? Tapi jangan hanya sebab itu kita nak bermusuh bertahun lamanya . Kalaupun dia selalu buat kesalahan yang menyakiti hati kita , paling tidak ada sesuatu perkara yang dia lakukan membuat hati kita senang . 4. Hargai masa depan Masa depan adalah hasil daripada apa yang kita lakukan hari ni . Jika baik kita lakukan hari ni , maka baiklah masa depan kita . Begitu juga sebaliknya . Jangan kita rosakkan sesuatu yang berharga untuk masa depan kita hanya kerana kekhilafan kita pada hari ini . NOTA KAKI: Belajarlah untuk menghargai sebelum kita kehilangannya . much love , najwa .
|
Owner
Talk with Me!
no harsh words allowed
FOLLOWERS FOLLOWER CODE CREDIT
|